Setiap sumbangan berjumlah RM170, mampu menghangatkan tubuh seorang anak Palestin.

Setiap sumbangan berjumlah RM170, mampu menghangatkan tubuh seorang anak Palestin.
 'Ya Allah.. jangan kau ulangi tragedi kanak-kanak Palestin mati kesejukan di sini.'

Menurut kami, kalau syahid ditembak atau sakit itu di luar kemampuan kita.

Namun tidak patut ada penduduk yang mati kesejukan atau kelaparan dalam keadaan masih ada umat yang cakna.  

  
Cuaca musim sejuk yang dilanda ribut di Gaza menyebabkan dua orang bayi meninggal dunia.

Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dari bandar Khan Yunis meninggal dunia kerana 'halangan bekalan udara ke paru-paru yang disebabkan oleh kesejukan'.

Seorang lagi merupakan bayi lelaki berusia sebulan, juga dari Khan Yunis, meninggal dunia pada hari berikutnya. - mStar.com
______________

Dua tahun kemudian, tragedi sama melibatkan dua orang bayi maut akibat menderita hipotermia berulang kembali.

Dan kes yang paling terbaru adalah seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Wasim, mati dalam kelaparan dan kesejukan!

Allahu..

Walaupun sebab utama Wasim meninggal adalah kerana dilanggar kereta..

Namun punca sebenarnya ialah kerana dia berlegar di tengah malam mencari makanan dan tidur di jalanan dalam kesejukan.

Adik Wasim yang telah meninggal dunia. 

Hari-hari tersebut merupakan hari yang hitam untuk kita, kerana ada yang mati dalam sebegitu sedangkan kita wujud dan ada di kalangan mereka.



Sungguh, musim sejuk diibaratkan seperti 'menabur garam pada luka ' buat masyarakat Gaza yang mengalami sekatan berdekad lamanya.
______________

"Setiap tahun, rumah kami akan dibanjiri air hujan yang lebat disebabkan dinding-dinding yang merekah.

Atap rumah yang hanya diperbuat daripada kepingan zink pula kerap diterbangkan angin.

Tidur anak-anak kerap terganggu di tengah malam keran terpaksa beredar ke tempat yang lebih kering.

Mereka juga kerap jatuh sakit ketika musim ini.

Tingkap rosak kesan daripada serangan Israel tidak dapat dibaiki dan hanya mampu ditutup dengan selimut." - Umm Yasser, penduduk Gaza.


Hujan telah merosakkan peti sejuk mereka yang berkarat, mesin basuh dan buku sekolah anak-anak.





Begitulah keadaan kebanyakan keluarga Palestin setiap kali musim sejuk berkunjung tiba.

Di sesetengah kawasan, air banjir mencecah sehingga tingkat dua bangunan.

Keadaan rumah yang tidak layak didiami mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil.
_______________

Oleh itu, CGM berazam untuk memastikan bantuan musim sejuk akan sampai kepada mereka pada setiap tahun.

Tahun lepas, kita berjaya kumpulkan dana sebanyak RM608,465.38 untuk penduduk Gaza.

Ianya merangkumi bantuan makanan, pakaian, selimut, tilam, pemanas, baikpulih rumah dan set dapur.

RM150,523.55 lagi untuk penduduk Syria, merangkumi makanan, pakaian, selimut, tilam dan gas diesel.

Agihan bantuan CGM di kem pelarian Syria dan Gaza pada musim sejuk lepas. 



Sasaran musim sejuk pada kali ini adalah:
RM1.5 Juta
 Bermula 25 Sep sehingga 31 Dis 2020.

Bantuan yang akan diagihkan berbeza mengikut pecahan kawasan:

Gaza:
+ Pakaian sejuk & but (2,000 unit).
+   Selimut & tilam (2,000 unit).
+   Pemanas elektrik (1,000 unit).
+   Baikpulih rumah (40 unit x RM10,000).

Tebing Barat:
+   Pakaian sejuk & but (500 unit).
+   Selimut (1,000 unit).
+   Pemanas elektrik (500 unit).

Syria:
+   Pakaian sejuk & but (480 unit).

Moria (450 Pelarian):
+   Pakaian sejuk & but.
+   Sleeping bag.
+   Penjagaan kebersihan diri.

#UpdateTerkini:  Untuk pengetahuan semua, pelarian di Kem Moria telah dipindahkan ke Kem Kara Tepe.
Berlaku sedikit perubahan di mana kami tidak lagi mengagihkan bantuan pek makanan dan selimut untuk pelarian Moria.


Setiap tahun pabila musim sejuk menghampiri, hati ini sangat khuatir akan keadaan dan persiapan mereka.

Tragedi mungkin bakal berulang jika kita leka dan cakna kepada mereka makin berkurang.

Ya Allah janganlah tragedi musim sejuk berlaku lagi. Bukakan pintu-pintu hati peduli dan simpati.

_________________________________________

Hadis Rasulullah SAW berbunyi:
"Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang Islam, melepaskannya daripada kesulitan, membebaskannya daripada beban hutang dan memberikanya makan ketika kelaparan."

    Penafian: Resit atas nama billplz akan dikeluarkan jika menggunakan bayaran dengan billplz. 

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Baikpulih rumah - RM300
1277
Warm Kit 1 (Pakaian Sejuk & But) - RM170
2102
Warm Kit 2 (Selimut & Tilam) - RM150
3178
Warm Kit 3 (Pemanas Elektrik) - RM100
1293
Basic Kit (Sleeping Bag & Penjagaan Kebersihan Diri) - RM60
115
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN